Bimbang chalet runtuh akibat hakisan - Utusan Malaysia

Bimbang chalet runtuh akibat hakisan

SATU unit bilik di Chalet Birra Pata kini menunggu masa runtuh akibat hakisan teruk di Pantai Kampung Tanjung di Batu Rakit di Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hakisan yang semakin meruncing di Pantai Kampung Tanjung di Batu Rakit di sini dikhuatiri akan meruntuhkan penginapan lapan bilik di Chalet Birra Pata.

Pekerja chalet itu, Muhamad Fakrul Mohd. Jailani, 23, berkata, kejadian terbaharu Jumaat lalu disifatkan yang terburuk sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini apabila dua pondok rehat pengunjung di samping pagar hilang sekelip mata dipukul ombak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, satu bilik penginapan kini hanya menunggu masa rebah ke bumi jika air pasang besar melanda hingga esok.

“Sebelum musim tengkujuh, jarak chalet ke pantai masih jauh kira-kira enam meter tetapi kini sangat dekat.

“Kerosakan memang banyak dan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM30,000 tetapi tiada apa yang boleh dilakukan buat masa ini kerana keadaan ombak kuat serta angin kencang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Muhamad Fakrul, kerja-kerja baik pulih hanya boleh dilakukan majikannya selepas musim tengkujuh berakhir, dijangka awal bulan depan.

Katanya, beberapa bulan lalu benteng dibina di sekitar kawasan chalet yang berusia kira-kira tujuh tahun itu, namun masih tidak mampu menahan ancaman hakisan saban hari.

“Saya bimbang keadaan lebih parok (parah) hingga mampu meruntuhkan rumah bos yang terdapat di chalet ini.

“Setakat semalam, satu bilik ditempah tetamu dan keselamatan pengunjung masih terjamin,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya