PRN Melaka: BN perlu perjelas situasi polemik kedudukan Tuanku Mukhriz

PRN Melaka: BN perlu perjelas situasi polemik kedudukan Tuanku Muhriz

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif WNB Group, Mohd Firdaus Jamaluddin (dua dari kanan), pada Majlis Perasmian Bayu Seafood by White n Black, di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu memberi fokus kepada usaha memperjelaskan situasi sebenar berhubung polemik kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebelum sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan itu penting bagi mengatasi sebarang salah faham yang dilemparkan terhadap BN ekoran proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, tempoh tiga minggu sebelum penamaan calon juga perlu digunakan untuk menyelesaikan segala isu berbangkit sebelum bermulanya PRN

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kena terangkan, beri tahu rakyat mengenai pihak yang mahu membuat pemecatan Tuanku Mukhriz ini sebenarnya bukan UMNO. Kena terangkan baik-baik.

“(BN) kena terangkan kenapa buat proklamasi (menurunkan Tuanku Mukhriz) dan perbezaan antara proklamasi serta pemecatan supaya orang ramai faham mengenai prosedur berkenaan. Banyak salah faham akan timbul dan menyebabkan pelbagai masalah bakal timbul, jika orang ramai tak faham (prosedur berkenaan),” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Bayu Seafood by White N Black di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada polemik kedudukan Tuanku Muhriz akan memberi kesan kepada potensi BN sepanjang PRN Melaka yang dijadualkan bermula 31 Oktober ini.

Pada 17 September lalu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dilapor mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selepas diputuskan sebulat suara ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), dua hari sebelumnya.

Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan sudah diminta melaksanakan pewartaan proses proklamasi terbabit mengikut peraturan sedia ada.

Pengesahan itu dibuat sehari selepas beberapa portal menyiarkan kenyataan atas nama Barisan Ahli MMK mengenai proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

Proklamasi berkenaan dibuat mengikut Perkara 11 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, bertarikh 19 April lalu, yang sudah ditandatangani dan dicop mohor Undang Luak sah serta berkuatkuasa.

Kenyataan itu menyebut proklamasi berkenaan teratur dan sempurna, mengikut UUTKNS 1959.

Sementara itu, Johari berkata, senarai calon bakal mewakili BN pada PRN Melaka akan dimuktamadkan Pengerusi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dibantu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Ab Rauf lebih arif mengenai calon bersesuaian untuk ditampilkan pada PRN Melaka dan beliau akan berhubung secara terus dengan Ahmad Zahid,” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini