Pengampunan adalah hak dalam Perlembagaan Persekutuan

Pengampunan adalah hak diberi dalam Perlembagaan Persekutuan – Nurul

Pengampunan Perlembagaan Persekutuan
NURUL SYAZWANI NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Permohonan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang tidak wajar dinafikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, justeru Pakatan Harapan (PH) perlu menghormati permohonan tersebut sebagaimana dilakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya secara peribadi, pada 2018, Anwar menerima pengampunan ketika masih menjalani hukuman dan kemudian dibebaskan.

“Kita hormati keputusan itu. Tetapi jangan apabila pemimpin sendiri menerima pengampunan dipanggil sebagai keadilan dan ihsan, namun apabila Najib yang memohon tiba-tiba bercakap soal rule of law (kedaulatan undang-undang).

“Jangan berselindung di sebalik slogan rule of law untuk menafikan sesuatu yang Perlembagaan Persekutuan sendiri benarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, Nurul Syazwani yang juga seorang pengamal undang-undang menegaskan, semua pihak tidak wajar mempolitikkan hak permohonan pengampunan seperti yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak meminta Najib berada di atas undang-undang. Saya menuntut supaya standard yang sama digunakan kepada Najib sebagaimana kita pernah menerimanya untuk orang lain.

“Jangan politikkan hak yang diberikan oleh Perlembagaan. Keadilan tidak boleh memilih nama. Perlembagaan tidak boleh memilih parti dan ihsan tidak sepatutnya memilih kawan atau lawan.

“Saya menyokong pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau dahulu boleh untuk Anwar, jangan hari ini kata salah apabila rakyat mengharapkan ihsan untuk Najib,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×