KUALA LUMPUR: Pendirian 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah muktamad dan tidak akan berubah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu diambil susulan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin dalam mengemudi pentadbiran negeri. Menurut beliau, UMNO Negeri Sembilan juga bersedia berperanan sebagai pembangkang di peringkat kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Negeri…










