Subsidi petrol T20 perlu ditarik sepenuhnya - Pemuda UMNO

Subsidi petrol T20 perlu ditarik sepenuhnya – Pemuda UMNO

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Subsidi petrol bagi golongan kaya (T20) perlu ditarik sepenuhnya dan disalurkan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) serta golongan pertengahan (M40).

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara tersebut antara resolusi utama Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) yang akan dibawakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) nanti.

Katanya, langkah tersebut penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi ekoran konflik di Asia Barat Ketika ini.

“Subsidi dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah.

“Jadi, lebih elok ambil subsidi yang T20 ini diberikan kepada B40 dan juga M40. Sebab kalau kata 200 liter kita akan belanjakan dalam RM200 hingga RM400 itu tak terasa bagi golongan T20.Tapi kalau RM200 hingga RM400 ini sangat memberikan kesan kepada B40 dan M40,” katanya dalam sidang akhbar selepas Rimbun 2.0 anjuran sayap itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu Dr. Muhamad Akmal berkata, forum itu juga turut mencadangkan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula pada kadar tiga peratus berdasarkan pandangan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang menyatakan negara berpotensi meraih lebihan hampir RM100 bilion, jika GST diteruskan sejak 2018.

Katanya, ia juga antara 25 resolusi yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik dan MKT Umno pada Isnin ini, sebelum dicadangkan kepada kerajaan sebagai antara dasar ekonomi negara.

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal mengulas kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), beliau berkata, parti itu mempunyai rekod pentadbiran baik di Johor dan Melaka yang boleh dijadikan bukti kemampuan BN mentadbir negara semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN