UMNO kaji kedudukan jika langgar garis merah 

UMNO kaji kedudukan jika langgar garis merah 

MOHAMAD Hasan ketika memberikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengkaji semula kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya pentadbiran negara gagal diurus dengan baik dan garis merah yang dipersetujui dilanggar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kekuatan UMNO dalam kerajaan tidak membawa sebarang makna sekiranya pentadbiran negara tidak diurus secara berhemah dan berkesan.

Beliau berkata, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan bertujuan untuk bergabung secara membuta tuli dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan negara diurus dengan baik demi kepentingan rakyat.

“Kita bukan bersama untuk bergabung dengan sesiapa. Kita ada perjanjian sebelum kita bersetuju untuk kita menubuhkan kerajaan. Ada garis-garis merah yang perlu kita hormati bersama.

“Berhati-hatilah. Walaupun UMNO berada dalam kerajaan, jangan ambil mudah keberadaan kita. Jika garis-garis merah ini dilangkaui, sama ada kita dalam Kabinet atau tidak, UMNO akan memikirkan semula kedudukan kita dalam kerajaan.

“Kita akan buat keputusan untuk memikirkan semula keberadaan kita di dalam kerajaan. Tetapi orang tua-tua bercakap, berfikir biar panjang, bertindak biar bijak.

“Kita mesti fikir panjang. Baik buruknya, kita nak buat sesuatu dan bila kita bertindak, kita bertindak dengan bijak dengan strategi yang betul,” katanya dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN