Tukar Ketua Pembangkang: PN adakan pertemuan malam ini?

Tukar Ketua Pembangkang: PN adakan pertemuan malam ini?

Ketua Pembangkang
HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli parlimennya malam ini bagi membincangkan pelantikan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pertemuan itu dijangka akan membincangkan mengenai pelantikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai ganti.

Menurut sumber, pertemuan itu dijangka diadakan di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama 67 ahli parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bagaimanapun ramai mengharapkan perubahan itu tidak berlaku ketika parti sedang berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 bagi mengelakkan berlaku kehilangan keyakinan rakyat terhadapnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Pas belum menerima sebarang maklumat dari rakan sekutunya dalam PN mengenai surat cadangan pertukaran jawatan Ketua Pembangkang antara Hamzah kepada Radzi sebagaimana yang tular ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Pas tidak menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, satu draf dokumen dalaman bertarikh 10 November didakwa sebagai surat sulit kepimpinan Bersatu menggesa tindakan segera diambil ke atas individu tertentu bagi mendamaikan dan memulihkan kesejahteraan parti itu.

Surat tanpa kepala surat rasmi yang tular itu mengandungi perkataan sulit, mencadangkan agar Bersatu menggantikan Naib Presidennya, Radzi sebagai Ketua Pembangkang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN