Amanah akui rundingan kerusi paling sukar

Amanah akui rundingan kerusi paling sukar

MOHAMAD Sabu berucap pada Konvensyen Nasional 2025 Parti Amanah Negara di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu rundingan kerusi diakui sebagai antara perkara paling sukar dalam Kerajaan Perpaduan apabila berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kesukaran itu menuntut setiap parti komponen agar lebih bersedia bukan sekadar dengan slogan, tetapi melalui gerak kerja yang tersusun dan strategik.

“Bila kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, menjelang pilihan raya perkara paling mencabar adalah rundingan kerusi.

“Namun, walau sesukar mana pun proses itu, akhirnya ia akan sampai ke penghujung apabila semua parti politik dapat menerima keputusan dan bersatu menghadapi pilihan raya akan datang bersama kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden dan merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN