Tiada kerjasama dengan GRS bukan makna bermusuh

Tiada kerjasama dengan GRS bukan makna bermusuh

MOHAMED Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak tertutup sepenuhnya pada masa depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan untuk tidak bekerjasama itu dibuat kerana pihak-pihak terlibat mempunyai pendekatan politik berbeza.

Katanya, ia juga tidak menunjukkan bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) bermusuh dengan GRS di Sabah.

“Kita telah melalui pelbagai cabaran dan mempunyai pengalaman di Sabah. Kita juga percaya melalui pengalaman itu pelbagai kemungkinan kerjasama dengan mana-mana pihak boleh berlaku selepas PRN selesai.

“Kerjasama politik tidak semestinya sebelum pilihan raya, ia boleh jadi dalam pelbagai bentuk sama ada antara parti atau antara gabungan politik dan juga sama ada sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah BH Petrol di Dewan Muafakat Taman Air Biru di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan GRS dalam menghadapi PRN Sabah akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memberitahu, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan PH dalam pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pula dilaporkan berkata, GRS juga akan meneruskan kerjasama dengan PH, tetapi tidak dengan BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN