‘Permainan angka’ antara PH, BN dan GRS

‘Permainan angka’ antara PH, BN dan GRS

SAMUEL WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kenyataan bahawa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya membincangkan soal pembahagian kerusi tanpa sebarang perjanjian pilihan raya, manifesto atau kerangka dasar membuktikan gabungan itu hanya ‘bermain angka’ bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Bahagian Kota Kinabalu, Samuel Wong turut mempersoalkan ketiadaan visi dan hala tuju jelas PH dalam memimpin negeri ini.

“Apa mesej yang boleh mereka bawa kepada rakyat sekiranya PH, BN dan GRS bertembung sesama sendiri. Jelas sekali mereka hanya mengambil kesempatan terhadap rakyat Sabah demi kelangsungan politik masing-masing,” katanya sebagai respons kepada kenyataan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Samuel berkata, pilihan raya tidak sepatutnya menjadi sekadar perebutan kerusi untuk membentuk kerajaan selepas penamaan calon, sebaliknya memerlukan pelan dasar yang mantap.

“Bagaimana beliau boleh secara terbuka mengaku bahawa PH masuk pilihan raya tanpa kerangka dasar atau manifesto bersama. Ini bermakna mereka tidak mempunyai hala tuju mentadbir Sabah, apatah lagi menentukan calon Ketua Menteri sedangkan BN dan GRS sudah ada calon masing-masing,” katanya.

Mengulas kenyataan JIn Zhe yang menekankan pemilihan calon yang rajin bekerja, Samuel berkata, ia merupakan tanggungjawab asas seorang wakil rakyat dan tidak cukup untuk menentukan masa depan Sabah.

“Calon yang betul mesti datang daripada parti yang mempunyai hala tuju jelas serta pemimpin berwibawa untuk mengemudi Sabah ke hadapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN