Titah Adendum: UMNO desak laksana terus, tidak mahu bincang lagi

Titah Adendum: UMNO desak laksana terus, tidak mahu bincang lagi

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO hanya mahu Perdana Menteri melaksanakan Titah Adendum membabitkan bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan hanya terus mengadakan perbincangan tanpa mengikut kehendak dan gesaan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain berkata, ini kerana pihaknya telah pun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus mendesak titah adendum itu dilaksanakan tanpa melengahkannya lagi.

Katanya, tiada apa lagi alasan yang perlu diberi selain hanya terus melaksanakan gesaan UMNO ketika ini.

“Anwar kena faham betul-betul apa tuntutan Ketua Bahagian UMNO. Kita mahu dia laksanakan titah itu, bukan mahu bincang lagi,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri yang bersedia untuk berbincang dengan pemimpin UMNO mengenai titah adendum tersebut.

Anwar berkata, dia turut mengambil maklum ramai Ketua UMNO bahagian membangkitkan isu tersebut baru-baru ini.

seramai 160 daripada 191 ketua bahagian UMNO menggesa Anwar melaksanakan titah tambahan itu tanpa berlengah lagi, yang akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafei Abdullah sebelum ini mengingatkan kerajaan bahawa Istana Pahang telah mengesahkan kewujudan dokumen tersebut melalui sepucuk surat bertarikh 4 Januari, selain keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN