Pas Melaka sedia terima Jailani

Pas Melaka sedia terima Jailani

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas bersedia menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, jika benar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu ingin menyertai parti berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, Pas bersikap terbuka menerima Muhammad Jailani sekiranya beliau sanggup mengikut perjuangan parti.

“Setakat ini tidak ada sebarang rundingan antara Pas negeri dengan Muhamad Jailani secara bersemuka berbincang mengenai hasratnya.

“Kita tidak melihat sebarang halangan untuk menerima sesiapa sahaja ADUN daripada BN yang berhasrat untuk bersama Pas, begitu juga jika ada ADUN daripada DAP sekalipun kita terima.

“Sebenarnya kita menerima sesiapa sahaja untuk menyertai parti ini tanpa sebarang syarat kerana apa yang penting, mereka bersedia mengikut apa yang diperjuangkan selama ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan, Muhammad Jailani yang dikaitkan dengan spekulasi bakal menyertai Pas mengambil sikap me­ngunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Wari­san dan Kebudayaan Melaka itu juga tidak menjawab ketika diajukan soalan sama ada sudah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ataupun tidak.

Muhammad Jailani sebaliknya berkata, apa sahaja khabar angin atau dakwaan yang mengaitkan dirinya ketika ini tidak ubah seperti ‘hantu yang takutkan bayang-bayang sendiri’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×