Bekas Pengerusi DAP Melaka, bekas Setiausaha Agung MTUC bantu kempen Bersama

Bekas Pengerusi DAP Melaka, bekas Setiausaha Agung MTUC bantu kempen Bersama

PARTI BERSAMA MALAYSIA (BERSAMA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Gopal Kishnam akan membantu kempen Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Rafizi Ramli dalam kenyataan bagi pihak Bersama, Leong San akan menyertai ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang pada Sabtu ini, 7 November.

“Saudara Goh Leong San akan menyertai ceramah di DUN Kesidang pada hari Sabtu 7 November, di Padang Taman Asean (berhadapan Xi Ling Gong Temple).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyertaan Saudara Gopal di kempen PRN Melaka akan diumumkan kelak,” katanya.

Leong San pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tengkera dari 1995 hingga 2004, Bandar Hilir (2004 hingga 2008), Kesidang (2008 hingga 2013) dan Duyong (2013 hingga 2018).

Beliau juga menerajui DAP Melaka dari 2005 hingga 2015.

Gopal yang menyertai Bersama sebagai ahli pada Oktober lalu merupakan Setiausaha Agung National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW) serta Setiausaha Agung Penaja Malaysian Federation of Trade Unions (MFTU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini