PN Pahang yakin menang dua parlimen, 16 dun - Utusan Malaysia

PN Pahang yakin menang dua parlimen, 16 dun

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang menjangkakan bakal memperoleh sekurang-kurangnya dua kerusi parlimen dan 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, keyakinan tersebut susulan gelombang penolakan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) khususnya di kawasan Parlimen Indera Mahkota di sini.

“Sehingga hari ini, saya lihat sekurang-kurangnya kita boleh ambil alih satu kerusi parlimen daripada PH dan satu kerusi parlimen daripada BN… itu sekurang-kurangnya.

“Kita juga boleh gandakan jumlah DUN yang sedia ada itu yang disandang ada lapan jadi saya jangka kita ada harapan untuk menang sekurang-kurangnya 16 kerusi.

“Gelombang itu nampaknya semakin memihak kepada PN,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Indera Mahkota di sini hari ini.

Pada PRU14 lalu, daripada 42 kerusi DUN di negeri ini, 25 kerusi dimenangi BN, sembilan dari PH manakala Pas sebanyak lapan kerusi.

Sementara itu, daripada 14 kerusi Parlimen, sembilan kerusi dimenangi BN manakala lima dari PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya