Anwar sukar jadi PM, tiada rekod prestasi

Anwar sukar jadi PM, tiada rekod prestasi

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sukar menjadi Perdana Menteri kerana tidak mempunyai rekod prestasi memegang jawatan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, ia penting supaya rakyat dapat menilai seseorang itu menghadapi isu yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara.

Bagaimanapun, katanya, ia tetap terpulang kepada rakyat untuk memilih calon tunggal Pakatan Harapan (PH) tersebut.

“Anwar tidak pernah jadi Perdana Menteri, jadi tidak nampak dinamika beliau menghadapi isu dalam dan luar negara.

“Namun, ia terpulang sekiranya rakyat merestuinya sebagai Perdana Menteri, tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar yang juga Presiden PKR kekal menjadi calon terbaik dan memiliki pakej lengkap untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

LIM GUAN ENG

Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, rekod prestasi sama ada pernah menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, tidak wajar dijadikan satu penilaian untuk mengangkat seseorang individu itu menjadi Perdana Menteri.

Katanya, ini kerana kebanyakan pemimpin yang menjadi Perdana Menteri sebelum ini tidak mempunyai rekod terbabit termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Anwar adalah calon PH, jadi kita serah kepada rakyat. Tetapi, dari segi pengalaman dan kemampuan memang semua orang tahu dan faham,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN