UMNO, BN hanya sokong PN – Tok Mat - Utusan Malaysia

UMNO, BN hanya sokong PN – Tok Mat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih menyokong Perikatan Nasio­nal (PN) sebagai kerajaan dan tiada isu untuk menubuhkan parti baharu seperti yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Menurut Timbalan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, pengumuman itu tidak pernah dibincangkan dalam parti setakat ini kerana ahli UMNO dan BN komited dengan perjuangan terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pendirian parti tetap setakat ini, ia tidak pernah dibincangkan untuk menu­buhkan parti baharu, malah sokongan kita tetap hanya kepada Perikatan Nasional (PN).

“Itu pendirian parti setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Anwar sebelum itu men­dakwa kerajaan Muhyiddin tumbang selepas beliau memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Jelasnya, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk UMNO, namun tidak menyebut jumlah majoriti yang diperoleh.

Ditanya kenyataan Presi­den parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen menyokong Anwar Ibrahim, Mohamad berkata: “Saya tidak mahu komen tentang perkara itu.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN