Saya PM diiktiraf Perlembagaan, dari pintu istana - Utusan Malaysia

Saya PM diiktiraf Perlembagaan, dari pintu istana

MUHYIDDIN Yassin ketika berkempen di PRN Sabah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak tertentu bahawa beliau menjadi Perdana Menteri bukan melalui ‘pintu belakang’ tetapi dari pintu istana yang diiktiraf oleh perlembagaan dan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Muncul dalam majlis pemimpin bersama rakyat di di Jalan Lintas di sini malam tadi, tegas Perdana Menteri, beliau menghormati sesiapa pun boleh membuat kenyataan mendakwa diri mempunyai ‘majoriti kukuh’ tetapi ia harus berpandukan kepada perlembagaan.

“Saya berdiri di sini sebagai Perdana Menteri dan apa apa isu pun dalam negara, saya bertanggungjawab kepada saudara-saudari.

“Saya bukan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja tetapi untuk semua..Bajau, Iban, Kadazan, Cina, Murut dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam program dihadiri lebih 100 penyokong Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di sebelah Restoran Masakan Sedap Seafood tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.