PRN Sabah: Jangan dahului keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

PRN Sabah: Jangan dahului keputusan mahkamah

SALLEH BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bergantung keputusan mahkamah dalam menentukan kes terbabit bersifat justiciable (boleh diadili) atau sebaliknya.

Pakar undang-undang, Prof. Datuk Salleh Buang berkata, jika mahkamah mendapati kes ini tidak boleh diadili (non justiciable), maka ia akan terhenti.

Namun, kes akan ke peringkat seterusnya jika ia bersifat justiciable dan boleh didengar dengan membangkit persoalan tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

“Jika kes justiciable dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman gagal meyakinkan mahkamah bahawa Tun Juhar membuat kesilapan, pembubaran tetap sah dan PRN diteruskan.

“Selepas itu, mahkamah akan putuskan. Jika bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Tun Juhar salah, barulah mahkamah boleh putuskan pembubaran itu tak sah dan PRN tidak boleh dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Musa dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meminta mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Mohd. Shafie kepada Tun Juhar bagi pembubaran berkenaan.

Tambah Salleh, kes yang difailkan Musa dan 32 ADUN terhadap Tun Juhar serta dan tiga responden lain adalah untuk mendapatkan semakan kehakiman (judicial review).

“Pada masa ini peguam Musa dan peguam pihak responden sempat buat hujah bertulis. Pada 17 Ogos mahkamah mahu dengar hujah lisan pula

“Selesai dengar hujah lisan ini nanti, barulah ke proses sama ada ia boleh diadili atau tidak,” jelasnya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff tidak menolak kemungkinan bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah tidak berlaku.

“Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili Kerajaan Sabah berhujah bahawa tindakan Tun Juhar tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Bagaimanapun, terdapat asas kuat yang memungkinkan hujah tindakan Tun Juhar membubarkan DUN Sabah boleh dibicarakan di mahkamah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, pihaknya tidak akan menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan tarikan PRN Sabah.

“PRN mesti diadakan dalam masa 60 hari dari hari kami diberitahu secara rasmi tentang pembubaran DUN.

“Kami sentiasa bersedia dan tarikh PRN akan ditentukan pada 17 Ogos nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN