267 anggota polis undi awal esok - Utusan Malaysia

267 anggota polis undi awal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 267 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Slim, Perak esok  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, pusat pengundian awal akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan Covid-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan akan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd.  Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, serta Santhara Sekaran Subramaniam, 42.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Tambah Ikmalrudin, proses pengundian awal akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR.

“SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara langsung menerusi Facebook SPR,” ujarnya.

Dalam pada itu, peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 29 Ogos ini bertempat di pusat pengiraan undi di Bilik Menunggu, Aras 3, Majlis Daerah Tanjong Malim.

SPR dalam masa sama berharap pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya