Pas cemas UMNO kalah PRU-14 - Hadi - Utusan Malaysia

Pas cemas UMNO kalah PRU-14 – Hadi

ABDUL Hadi Awang (dua dari kanan) dan Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) penggerak kerjasama Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Walaupun lama bermusuhan, Pas cemas apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana Pas dan UMNO ibarat dua lutut yang jika dipukul bahagian kiri, bahagian kanan akan turut terasa.

Menurutnya, kerajaan pada ketika itu menyaksikan tiada parti yang berasaskan Islam walaupun ada Amanah dan mereka cuma hendak kuasa.

“Parti bukan Islam kuasai PRU-14. Pas jadi cemas walaupun BN dan UMNO yang kalah. Kita ini macam kepala lutut, pukul lutut kiri, kanan akan terasa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Muafakat Nasional (MN) di Slim River, di sini semalam.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Abdul Hadi, sehubungan itu perubahan perlu dilakukan iaitu berbalik kepada asasnya dengan usaha menggabungkan orang Islam bermula dengan Pas dan UMNO di bawah MN.

Beliau berkata, setelah wujud MN, masih tidak cukup bilangan Ahli Parlimen untuk melakukan perubahan kerajaan.

“Kita terpaksa ambil, ajak Ahli Parlimen yang ada dalam kerajaan, maka berlaku perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu mereka yang sedar dan insaf, maka terbentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Abdul Hadi berharap pengundi akan membuat perubahan bersama MN dengan mengundi calon BN, Mohd. Zaidi Aziz.

“Keputusan Slim akan memberi makna besar sebagai penentu pada PRU-15 dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya