Kes babitkan PAT, PTD tak jejaskan nama ATM - Mohd. Nizam

Kes babitkan PAT, PTD tak jejaskan nama ATM – Mohd. Nizam

MOHD. NIZAM JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwaan kes jenayah berprofil tinggi melibatkan beberapa pegawai kanan tentera tidak akan menjejaskan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, beliau juga berharap orang ramai memberikan peluang kepada proses perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah.  

“Perkara ini tidak akan menjejaskan ATM. ATM ditubuhkan selama 92 tahun. Kami akan bangkit semula dan mengambil kekuatan daripada sejarah itu. 

“Kami akan meneliti semula perkara ini dan menentukan tindakan yang perlu. Berilah peluang kepada ATM,” katanya kepada pihak media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Kenyataan itu diberikan selepas beliau selesai membayar wang jaminan RM180,000 selepas didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan kedudukan dan menerima wang berjumlah RM752,481.90 dan satu pertuduhan pecah amanah RM3 juta.

Semalam, bekas Pang­lima Tentera Darat (PTD), Jene­ral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram melebihi RM2.1 juta. Turut didakwa atas tuduhan serupa di mahkamah berlainan ialah isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin.

Muhammad Hafizuddeain turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM145,000 pada 2024 hingga tahun lalu.

Sementara itu, peguam bela, Abdul Aziz Hamzah yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya yang berkhidmat selama 42 tahun dalam ATM bersedia untuk hadir ke mahkamah dan menjawab segala pertuduhan tersebut.

“Beliau berdepan empat pertuduhan, dua di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 dan satu lagi di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Beliau hadir ke mahkamah hari ini untuk menjawab semua pertuduhan tersebut dan membersihkan namanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN