Tak faham Bahasa Melayu, pertuduhan lelaki Pakistan liwat budak ditangguh

Tak faham Bahasa Melayu, pertuduhan lelaki Pakistan liwat budak ditangguh

Lelaki Pakistan
SUSPEK seorang lelaki warga Pakistan dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendakwaan seorang lelaki warga Pakistan di dua Mahkamah Sesyen atas pendakwaan meliwat kanak-kanak dan remaja ditangguhkan akibat ketiadaan jurubahasa Urdu hari ini.

Hakim Norazlin Othman dan Rasyihah Ghazali memutuskan demikian selepas suspek berusia 24 tahun itu tidak dapat memahami Bahasa Melayu dan Inggeris sebelum pertuduhan melibatkan kesalahan liwat, amang seksual dan rompak dibaca.

Suspek yang berpakaian kurta putih sepatutnya menghadapi empat pertuduhan masing-masing tiga kes seksual dan satu kes rompak.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi membacakan semua pertuduhan dan tempoh reman suspek dilanjutkan sementara menunggu kehadiran jurubahasa Urdu.

Selain itu, Mahkamah Majistret di sini, turut menangguhkan pendakwaan ke atas lelaki berkenaan berkaitan kes menetap lebih masa di negara ini.

Atas faktor sama, Majistret Mastura Khamis menetapkan sebutan semula kes pada 1 Ogos depan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin, Roshaira Rosli dan Nurul Akhilah Rosmi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan suspek berjaya ditahan di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai lalu ketika dia dikatakan cuba melarikan diri ke negara jiran.

Modus operasi suspek yang memasuki Malaysia sejak enam bulan lalu itu antaranya meminta mangsa mengambil barang di suatu lokasi sebelum dipeluk dari belakang dan dicekik jika melawan.

Suspek turut meminta mangsa membantu menempah perkhidmatan e-hailing dan akan menarik mangsa ke tempat yang dirasai boleh melakukan perbuatan liwat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×