Tular sotong kayangan dua ekor RM106.60 - Utusan Malaysia

Tular sotong kayangan dua ekor RM106.60

TULAR gambar yang dimuat naik individu yang tidak berpuas hati kerana dikenakan bayaran RM100 untuk dua ekor sotong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagaikan mencuba makanan dari kayangan. Dulu, kecoh mengenai harga ikan siakap seekor RM1,196 di Langkawi, Kedah, kini tular pula mengenai harga sotong dua ekor RM106.60.

Semuanya bermula apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati kerana dikenakan bayaran sebanyak RM106.60 bagi dua ekor sotong di sebuah restoran nasi kandar ternama di Georgetown, Pulau Pinang dan ia ditularkan menerusi Facebook.

“Melayu, siakap 7 kilogram seribu, satu Malaysia meroyan. Mamak Nasi Kandar H&*$#@&, sotong dua ekor Rm100.00 tak nak bising ke? Apa tunggu lagi pi keja la…org dah komplen…,” kata pengguna Facebook, Hafidz Idzhan Halim.

Kata Dee Abd. Majid pula; “Mak ai… Jenuh Cari duit Wei..

Sementara itu, dalam sebuah video yang dimuat naik sebuah portal berita, wakil restoran berkenaan menjelaskan, pelanggan yang tidak berpuas hati tersebut telah memesan saiz sotong yang lebih besar dengan harga yang ditetapkan.

“Kita beli pun sudah mahal RM35 sampai RM50 sekilogram. Kita ada display harga dekat signboard. RM10 sampai RM150. Jadi, personally, customer tu dua-dua laki dengan perempuan ambil sotong besar. padahal tak tanya harga semua. Saya ingat dia sudah tau harga tu, saya kira bungkus dan serahkan kat dia dan dia bayar. Malam tu, dia sudah viral. Sebelum-sebelum ini, customer kami yang kami jual RM80 sampai RM100 tak ada complaint. Kita guna rempah-rempah asli, rempah-rempah giling,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya