Peletakan jawatan Ismail hanya berkuatkuasa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar - Utusan Malaysia

Peletakan jawatan Ismail hanya berkuatkuasa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar

ISTANA SERI MENANTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Istana Negeri Sembilan hari ini menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa sekiranya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, sebarang peletakan jawatan oleh Menteri Besar hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, pihak istana mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan tersebut dimuat naik di media sosial pada pukul 10 malam, 16 November dan kelihatan berdasarkan salinan surat peletakan jawatan yang berada dalam milikan beliau (Zambry).

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar ke Istana Hinggap, di sini, pada pukul 12.16 pagi tadi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.

“Pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat tersebut, yang menurut Zambry telah ditandatangani oleh Ismail,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizi memberitahu, pada pukul 8.38 malam, Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan kepada Ismail melalui aplikasi WhatsApp perkenan daripada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menghadap seperti yang dipohon oleh Menteri Besar itu.

Jelasnya, perkara itu telah diakui terima oleh Ismail dan acara menghadap telah ditetapkan pada pukul 10 pagi Jumaat ini.

“Perkenan untuk menghadap tersebut telah diberikan 80 minit lebih awal sebelum siaran oleh Zambry di akaun facebook beliau yang memaklumkan peletakan jawatan itu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini