Kerugian banjir Selangor cecah RM52.86 juta - Utusan Malaysia

Kerugian banjir Selangor cecah RM52.86 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerugian akibat banjir di Selangor meningkat lebih dua kali ganda kepada RM52.86 juta tahun lalu atau 134 peratus berbanding RM22.58 juta pada 2024.

Exco Sukan Belia dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, kerugian tertinggi melibatkan sektor infrastruktur sebanyak RM26.59 juta, diikuti tempat kediaman RM15.29 juta dan pertanian RM9.58 juta.

“Pada tahun 2025, kerugian sektor pertanian meningkat kepada RM9.58 juta berbanding RM1.87 juta pada 2024, dengan sektor perikanan mencatatkan kerugian sebanyak RM5.05 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerugian premis perniagaan pula direkodkan sebanyak RM1.05 juta, manakala kerosakan kenderaan berjumlah RM359,000 pada 2025,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Selangor berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH-Batu Tiga) berkenaan perlindungan ekonomi, kerugian dan insurans berkaitan bencana.

Bagaimanapun, Mohd. Najwan (PH-Kota Anggerik) menjelaskan, kerajaan negeri belum mengadakan sebarang perbincangan dengan syarikat insurans bagi meneroka inisiatif perlindungan ekonomi rakyat yang terjejas akibat bencana.

“Antara langkah yang dilaksanakan adalah penyelarasan pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta penyaluran bantuan kepada mangsa yang terjejas,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pengukuhan kesiapsiagaan komuniti serta penyampaian maklumat amaran awal bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan gangguan aktiviti ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini