Tiga beranak ditemui mati dibunuh dalam rumah

Tiga beranak ditemui mati dibunuh dalam rumah

LOKASI rumah tiga beranak yang ditemui mati dalam keadaan ngeri di Kampung Belau, Merbok di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri di rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, di sini malam tadi.

Mayat pasangan suami isteri berumur 65 dan 53 tahun ditemui dengan bahagian kepala terpisah dari badan dan dibungkus di dalam karpet.

Sementara mayat anak lelaki mereka berumur 29 tahun ditemui di dalam bilik dengan kesan kelar di leher.

Berdasarkan mayat pasangan suami isteri itu yang telah membengkak dan berbau mereka dipercayai mati lebih 48 jam lalu.

Mayat tiga beranak itu ditemui oleh anggota polis dan orang kampung yang melancarkan gerakan mencari selepas kedua-dua mangsa gagal dihubungi sejak Isnin lalu.

Difahamkan mangsa berumur 65 tahun itu merupakan pekerja kampung manakala isterinya seorang tukang cuci di sebuah sekolah di bandar Sungai Petani.

Pasangan itu baru berkahwin beberapa tahun lalu selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu dan masing-masing mempunyai seorang anak lelaki.

Mereka tinggal bersama anak lelaki kepada wanita terbabit yang merupakan bekas pelajar sebuah universiti di Pulau Pinang tetapi tidak menamatkan pengajian kerana mengalami masalah kemurungan.

Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sedang menyiasat motif kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×