Pelakon wanita dan suami terlibat tipu tawaran gelaran ‘Datuk’

Pelakon wanita dan suami terlibat tipu tawaran gelaran ‘Datuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM20,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelakon wanita dan suaminya dalam urusan permohonan darjah kebesaran yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 18 Disember tahun lalu.

Menurutnya, mangsa telah ditawarkan oleh seorang lelaki tempatan yang juga suami kepada seorang pelakon wanita untuk menguruskan permohonan mendapatkan darjah kebesaran negeri Terengganu.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran wang proses sebanyak enam kali transaksi bermula Januari hingga November tahun lalu.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM23,120,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azahar berkata, mangsa dipercayai dijanjikan darjah kebesaran negeri Terengganu yang kononnya membawa gelaran ‘Datuk’, namun tawaran tersebut didapati tidak wujud.

Menurutnya, reman pasangan berkenaan akan berakhir hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sebelum ini, media melaporkan kes penipuan membabitkan pembelian tanah kurniaan di negeri Selangor yang dipercayai tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN