Pesara kerajaan kerugian RM10,000 ditipu tebus tiket loteri

Pesara kerajaan kerugian RM10,000 ditipu tebus tiket loteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita pesara kerajaan kerugian RM10,000 selepas menjadi mangsa penipuan penebusan tiket loteri.

Mangsa berusia 70 tahun dipercayai telah didatangi tiga individu ketika berada di kawasan makanan basah di sebuah pasar raya di Jalan Pandan Prima, Dataran Pandan Prima, Ampang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa didatangi pasangan suami isteri dan seorang wanita Indonesia yang menunjukkan tiket loteri bernilai RM300,000.

Menurutnya, wanita warga Indonesia itu meminta bantuan mangsa untuk menebusnya kerana tidak mempunyai kad pengenalan serta dijanjikan imbuhan jika membantunya. 

“Kemudian, suspek memegang mangsa sehingga dia berasa seperti dipukau dan bersetuju untuk membantu serta mengikuti tiga suspek tersebut ke kereta Proton Waja berwarna kelabu. 

 “Mangsa dibawa ke beberapa lokasi termasuk Ampang Point dan kawasan belakang sebuah kedai makan. Salah seorang daripada suspek menukar tiket loteri kepada cek dan meminta cagaran sebanyak RM30,000 daripada mangsa sebagai jaminan dia tidak menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa tidak mempunyai wang tunai dan menyerahkan rantai dan gelang emas miliknya dianggarkan bernilai RM10,000 sebagai cagaran kepada suspek. 

“Mangsa kemudian dibawa ke Maybank Ampang Point kononnya untuk menunaikan cek itu namun selepas diturunkan dari kereta, kesemua mereka menghilangkan diri. 

“Pengadu syaki dipukau hingga menyerahkan rantai emas dan gelang emas anggaran keseluruhan bernilai RM10,000,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN