KP, Timbalan KP JAS didakwa masa terdekat

KP, Timbalan KP JAS didakwa masa terdekat

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diselesaikan dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk pertuduhan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM kini sedang menunggu pelaksanaan pertuduhan oleh AGC ke atas kedua-dua pegawai kanan JAS berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, kertas siasatan terhadap Ketua Pengarah JAS telah dibentangkan pada 26 Februari lalu manakala bagi Timbalan Ketua Pengarah JAS pada 6 Mac lalu.

“Isu pengurusan e-waste dan sisa plastik merupakan antara cabaran yang telah lama dihadapi khususnya di kawasan yang terkesan dengan aktiviti pelupusan dan pemprosesan yang tidak teratur.

Aduan berkaitan pencemaran udara, air dan tanah turut memberi kesan kepada kesejahteraan penduduk setempat sekali gus menuntut tindakan bersepadu daripada pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan,”katanya di sini hari ini.

Azam berkata, usaha menangani isu rasuah yang berkait dengan pengurusan e-waste dan sisa plastik diteruskan oleh SPRM

“Masalah e-waste dan sisa pepejal plastik sudah lama dihadapi oleh rakyat dan tidak dapat diselesaikan walaupun telah banyak aduan pencemaran.

“Akhirnya SPRM telah bertindak dengan menyiasat dan menahan mereka yang diamanahkan untuk melindungi alam sekitar,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang elemen rasuah boleh memberi implikasi yang lebih luas, termasuk kepada kelestarian alam sekitar serta kesihatan awam.

Sebelum ini, SPRM telah mengetuai Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Import Sisa Plastik dan e-waste.

Langkah utama yang diputuskan oleh pasukan petugas khas ialah pengimportan e-waste diharamkan sepenuhnya dan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 mulai 4 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN