Salah guna kuasa: Exco kerajaan negeri didakwa esok

Salah guna kuasa: Exco kerajaan negeri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang Exco kerajaan negeri akan dituduh esok kerana disyaki salah guna kedudukan.

Pemimpin politik yang ditahan SPRM sebelum ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.

Pendakwaan akan dilakukan pada pukul 9 pagi esok selepas SPRM mendapat keizinan untuk mendakwa pemimpin politik berkenaan.

Semalam, media melaporkan SPRM Terengganu menahan Exco kerajaan negeri kerana disyaki salah guna kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Suspek lelaki berusia 60-an ditahan pada pukul 11.15 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan terbabit pada 2018 dan 2020.

Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai Exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN