Budak lelaki dipukul bapa saudara dilindungi JKM

Budak lelaki dipukul bapa saudara dilindungi JKM

LIM Hui Ying (tengah) ketika melakukan gimik pelancaran sempena Majlis Penyerahan Smartboard Makmal Sains di SJKC Sacred Heart, Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Budak lelaki berusia 11 tahun yang dipercayai dipukul dan dibaling dengan kerusi oleh bapa saudaranya dalam satu kejadian tular di media sosial baru-baru ini kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, mangsa mempunyai seorang adik, namun JKM akan memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut juga sentiasa dipantau.

“JKM telah bertindak segera sebaik sahaja kes berkenaan tular dan mendapat perhatian ramai bagi memastikan keselamatan mangsa.

“Jabatan itu telah melawat keluarga terbabit dan kanak-kanak lelaki yang dirotan itu juga kini telah ditempatkan di hospital. Keadaannya stabil,” katanya ditemui pemberita selepas hadir menyumbangkan sebuah papan pintar pembelajaran (smart board) kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sacred Heart di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 38 tahun yang disyaki memukul anak saudaranya dengan rotan selain membaling kerusi di sebuah rumah di Petaling Jaya dipercayai berpunca apabila mangsa kanak yang berusia antara lapan hingga 11 tahun bertindak melawan ibu kepada suspek.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, semua maklumat berkaitan kes tersebut telah dikumpulkan dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sebarang tindakan lanjut termasuk perintah mahkamah akan dibuat mengikut peruntukan di bawah akta kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN