Mangsa banjir lima negeri terus meningkat

Mangsa banjir lima negeri terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 316 orang membabitkan 99 keluarga di lima negeri yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 4.30 petang tadi.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 195 orang daripada 66 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Tawau.

Melaka pula merekodkan 76 mangsa daripada 21 keluarga dengan tiga PPS dibuka di dua daerah terlibat.

Di Sarawak, jumlah mangsa di Kuching dan Miri kekal 20 orang daripada tiga keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Di Lembah Klang pula, kekal dengan 11 mangsa daripada tiga keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Cheras.

Sementara itu, Johor menjadi negeri terbaharu terjejas banjir dengan 14 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di satu PPS di Muar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN