PETALING JAYA: Seramai 311 mangsa banjir membabitkan 96 keluarga di empat negeri kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi ini.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah mencatatkan jumlah paling tinggi melibatkan 171 mangsa daripada 59 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Tawau.
Sementara itu, mangsa banjir di Melaka membabitkan seramai 66 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
Melaka Tengah pula melibatkan 43 mangsa dari 13 keluarga yang ditempatkan di satu PPS sahaja.
Sarawak juga dilaporkan banjir di Kuching dan Miri yang membabitkan seramai 20 mangsa daripada tiga keluarga yang masing-masing ditempatkan di satu PPS sahaja.
Di Lembah Klang, hanya satu PPS sahaja dibuka yang menempatkan 11 mangsa dari 3 keluarga iaitu di Cheras. – UTUSAN










