Pelajar pengsan dalam tandas dibelasah rakan

Pelajar pengsan dalam tandas dibelasah rakan

Tembak maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah, di sini ditemui pengsan dan mengalami kecederaan lebam di badan selepas mendakwa dibelasah empat rakan sekolah, Isnin lalu.

Mangsa berusia 16 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah berkenaan pada pukul 9 pagi oleh seorang guru yang kemudian menghantar pelajar berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.10 pagi di dalam asrama sekolah berkenaan.

“Mangsa dikatakan telah memburukkan seorang kawannya di hadapan pelajar lain sebelum empat pelajar yang tinggal satu asrama dengannya bertindak memukulnya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hanyan, selepas dipukul mangsa yang mengalami kecederaan masih sedarkan diri sebelum rebah dan pengsan ketika sedang membersihkan diri di dalam tandas.

“Hasil laporan ibu mangsa, kami menahan tiga pelajar lelaki berumur 16 tahun dan seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang didakwa terlibat dalam kejadian itu petang semalam,” katanya.

Tambahnya, hanya pelajar lelaki berumur 17 tahun dibenarkan reman selama tiga hari oleh Majistret Nor Fazlina Musa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507B kanun sama, sementara tiga pelajar lain dibebaskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN