Dua beradik, abang ipar ditahan buat aksi Superman di LPT2 - Utusan Malaysia

Dua beradik, abang ipar ditahan buat aksi Superman di LPT2

ISMAIL MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua beradik di samping seorang abang ipar ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi Superman sejauh satu kilometer di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ismail Man berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia antara 21 hingga 28 tahun itu ditahan di hentian rehat dan rawat (R&R) Bukit Besi di Dungun. 

Katanya, pemeriksaan mendapati motosikal Yamaha 125Z ditunggang seorang suspek merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Besut pada Ogos tahun lalu.

“Difahamkan mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Tasik Puteri, Bukit Besi untuk berkelah.

“Kesemua suspek ditahan pada pukul 9.55 pagi dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk  disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, lima lagi motosikal ditunggang ahli keluarga suspek turut disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 selepas didapati tiada lesen memandu dan mengubahsuai struktur kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya