Polis Johor kesan tiga lelaki ugut pegawai penguat kuasa - Utusan Malaysia

Polis Johor kesan tiga lelaki ugut pegawai penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menjejaki tiga lelaki kerana mengugut seorang pegawai agensi penguat kuasa menjaga sempadan kawasan perairan pantai timur negeri ini agar tidak melakukan pemeriksaan ke atas bot mendarat di lokasi berkenaan. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya percaya suspek-suspek berkenaan mempunyai kaitan dengan bot-bot yang membawa masuk sama ada pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyeludup barang terlarang seperti rokok dan minuman keras.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek berkenaan sejurus kertas siasatan dibuat membabitkan kes berkenaan.

“Sebab itu, mereka berani untuk memberi amaran kepada pegawai penguat kuasa itu supaya tidak mengambil tindakan dan pemeriksaan ke atas bot yang masuk ke kawasan itu serta mengugut mungkin berlaku aksi tembak-menembak, sekiranya tindakan diambil.

“Ini bukan dekat Columbia di negara luar tapi di Johor, Malaysia. Saya tak nak ada elemen penjenayah berani membuat ugutan pada orang awam dan agensi penguat kuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. 

Disoal mengenai kebimbangan penduduk khasnya di Sungai Tiram dan Sungai Rengit kerana kedua lokasi itu menjadi lorong tikus kegiatan penyeludupan migrain, Ayob memberitahu, mereka tidak perlu bimbang dan segera membuat laporan di balai polis berhampiran.

Katanya, isu penyeludupan migrain atau barangan terlarang bukanlah isu baharu di kawasan pantai timur negeri ini dan pihak polis memerlukan kerjasama penduduk setempat bagi menumpaskan kegiatan jenayah berkenaan.

“Ada juga maklumat mengatakan orang kampung bersengkongkol dengan kegiatan terbabit namun saya yakin mereka sudah sedar. Kebanyakan maklumat yang diberikan amat membantu kejayaan mematahkan kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut. 

“Orang awam tidak perlu bimbang kerana pihak polis akan mengambil tindakan segera sejurus menerima laporan,” katanya.

Menurut beliau, mereka boleh buat menyalurkan maklumat di Facebook rasmi Polis Johor atau terus menghubunginya sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya