Turkiye belum bersedia terima pelarian Rohingya

Turkiye belum bersedia terima pelarian Rohingya

ANWAR Ibrahim sewaktu Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Turkiye belum bersedia mempertimbangkan menerima 10,000 warga Rohingya dari Malaysia berikutan negara itu kini menanggung lebih empat juta pelarian dari negara Teluk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada Turkiye supaya mempertimbangkan cadangan berkenaan bagi membantu menangani isu pelarian yang dihadapi negara ini.

Katanya, Malaysia mencari negara ketiga khususnya dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Turkiye untuk menerima pelarian Rohingya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun katanya, Turkiye pada dua hari lalu memaklumkan mereka belum bersedia menerima pelarian Rohingya seperti mana cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Turkiye antara negara  paling banyak menampung pelarian, jadi apabila mereka menyatakan belum bersedia, kita menghormati keputusan itu. Kita memaklumkan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri dan Insya-Allah, pada Jumaat ini saya bawa kepada Jemaah Menteri.

“Itu kenyataan rasmi yang saya terima daripada Turkiye. Kita tidak mahu perkara ini disalah erti kerana usaha disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu sejajar pendirian konsisten Malaysia untuk mencari negara ketiga termasuk negara OIC bersedia menerima pelarian berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Hassan Karim (Pasir Gudang-PH) yang meminta kerajaan menyatakan kebenaran berhubung persetujuan Turkiye menerima 10,000 pelarian Rohingya. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, seramai 6,803 rakyat Myanmar yang berada di Malaysia akan dihantar pulang ke negara asal pada bulan depan.

“Setakat hari ini, 10,476 telah dibawa pulang atas kos Myanmar. Sebahagian besar dengan pesawat termasuk 1,476 dengan kapal perang Myanmar yang mengambil mereka pada 29 September lalu,” katanya.

Sementara itu, Anwar mengarahkan pihak berkuasa menyiasat seorang Ahli Parlimen didakwa mempersoalkan penutupan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat di Terengganu.
Katanya, tiada pihak terkecuali daripada tindakan psekiranya membangkitkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

“Kenyataan Ahli Parlimen saya tidak bersetuju. Walaupun kini beliau sudah minta maaf, namun saya serah pada siasatan dan keputusan Polis Diraja Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini