Pukul selepas kemalangan: Tiga lelaki ditahan

Pukul selepas kemalangan: Tiga lelaki ditahan

TANGKAP layar video tular memaparkan seorang lelaki berusia 62 tahun (kiri) dipukul seorang lelaki lain dalam kejadian di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit  mencederakan seorang lelaki berusia 62 tahun cedera dalam kejadian di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada insiden kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta Perodua Alza dipercayai melanggar bahagian belakang kereta Skoda dipandu seorang wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 62 tahun yang juga suami kepada pemandu kereta berkenaan keluar untuk melihat keadaan kenderaan, namun diserang oleh individu yang berada di dalam kereta Perodua Alza terbabit.

“Individu berkenaan dipercayai bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan objek tumpul, selain menendang dan menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka, hidung dan mulut,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, hasil tindakan pantas dan siasatan yang dijalankan  berjaya membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan berusia antara 39 hingga 44 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Video kejadian itu tular di media sosial petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini