Singapura bendung penyelewengan penghantaran cip

Singapura bendung penyelewengan penghantaran cip

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Singapura bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menghalang syarikat daripada mengambil kesempatan menggunakan negara itu sebagai laluan transit untuk menghantar semula cip mikro keluaran AS ke destinasi lain.

Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata, Singapura tidak terbabit dalam siasatan AS terhadap syarikat gergasi cip kecerdasan buatan (AI), Nvidia, sebaliknya menjalankan siasatan sendiri terhadap kemungkinan pelanggaran undang-undang negara itu oleh syarikat terbabit.

“Kami juga sedang meneliti syarikat yang mungkin menggunakan Singapura dan mengambil kesempatan daripada kedudukan negara ini untuk memindahkan serta menghantar semula cip melalui Singapura ke bahagian lain Asia Tenggara atau negara lain,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nvidia terpalit kontroversi susulan pendedahan mengenai hubungan sulit Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Jensen Huang yang baru dilantik semula, dengan Alice Huang yang dikaitkan dengan syarikat Megaspeed berpangkalan di Singapura dan disyaki menjadi perisik China.

Wong berkata, Singapura sudah menjalankan siasatan terhadap Megaspeed dan Alice.

“Berhubung Alice, kami sudah menahannya dan menjalankan siasatan, tetapi akhirnya membebaskannya kerana tiada asas untuk pendakwaan lanjut. AS memahami tindakan yang telah kami ambil,” katanya.

Pegawai perisikan AS dilaporkan mengesyaki Megaspeed menyalurkan cip AI Nvidia ke China, manakala Washington mengesahkan pihaknya sedang menyiasat syarikat itu berhubung eksport cip berkenaan.

“AS semakin memberi perhatian terhadap penghantaran cip melalui Singapura yang kemudiannya dipindahkan atau dihantar semula ke negara lain.

“Kami bekerjasama rapat dengan pentadbiran AS dalam perkara ini bagi memudahkan perkongsian maklumat dan merangka mekanisme yang membolehkan AS melaksanakan penguatkuasaannya sendiri,” katanya lagi.

Pentadbiran Presiden, Donald Trump bulan ini mengumumkan kawalan eksport cip AI yang lebih ketat bagi menutup ruang yang membolehkan syarikat China mengakses teknologi Nvidia.

Langkah itu turut mewajibkan pengendali pusat data di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brazil mendapatkan lesen daripada Washington untuk menghantar cip termaju keluaran syarikat AS kepada pelanggan di China.

Di Canberra, Wong dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese mengumumkan kedua-dua negara akan memperkukuh kerjasama dalam bidang AI, termasuk meneroka aliran data rentas sempadan yang lebih meluas.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini