Tiga lelaki Pakistan mengaku bekerja di premis judi dalam talian

Tiga lelaki Pakistan mengaku bekerja di premis judi dalam talian

TIGA warga Pakistan berusia antara 21 hingga 23 tahun mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat mengurus rumah judi terbuka bagi perjudian atas talian di Mahkamah Majistret, Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tiga warganegara Pakistan dipenjara selama enam bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan membantu menguruskan premis perjudian dalam talian pada November lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ali Raza, 23, Muhammad Azhar, 21, dan Mian Hamid Ali, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mereka diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap dan jika gagal menjelaskan denda boleh dihukum penjara selama tiga bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, denda tambahan antara RM5,000 hingga RM50,000 boleh dikenakan bagi setiap mesin perjudian yang disita.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu bersama lima individu lain yang masih bebas didakwa membantu menguruskan sebuah premis di tingkat dua, Aman Square, di sini, sebagai rumah perjudian terbuka bagi kegiatan perjudian dalam talian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 12.25 tengah malam, 2 November lalu.

Justeru, mereka dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda antara RM5,000 hingga RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor R. Sivakumar dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini