Thailand kekal tolak autonomi tiga wilayah Selatan Thai

Thailand kekal tolak autonomi tiga wilayah Selatan Thai

AHMAD NORIHAN JALAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Ke­rajaan Anutin Charnvirakul se­kali lagi menegaskan permin­taan gerakan pejuang bagi men­dapatkan taraf autonomi ti­ga wilayah Selatan Thai, tidak dapat dipenuhi kerana berada di luar kerangka Perlembagaan Thai­land.

Penolakan itu ditegaskan Pe­ngerusi Jawatankuasa Penasihat Perdana Menteri, Wan Muhammad Noor Matha pada pertemuan tertutup dengan Fasilitator Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal di Kompleks Pentadbiran Kerajaan di Bangkok kelmarin.

Pada masa sama beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Yala tu­rut menjelaskan bahawa de­­sen­tralisasi jika diberikan ke­pada tiga wilayah terbabit iaitu Na­rathiwat, Yala dan Pattani, pu­la memerlukan pindaan kepa­da undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu wilayah autonomi (sebagaimana dituntut BRN – Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani) tidak boleh dilaksanakan di bawah Perlembagaan Thailand.

“(Manakala) sebarang desentralisasi dalam bentuk tadbir urus tempatan, sama seperti (Wi­layah Pentadbiran Khas) Pattaya, memerlukan pindaan kepada undang-undang Thailand berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa Proses Dialog Damai Selatan Thai antara Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP-RTG) dan BRN mesti dijalankan dalam rangka kerja Per­lembagaan Thailand.

Pada 26 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan BRN tetap menuntut autonomi secara menyeluruh sebagai ja­lan penyelesaian konflik di wila­yah Selatan Thailand, dan ber­se­dia mengangkat senjata jika permin­taan itu tidak dipenuhi.

Mengenai dialog damai yang tertangguh sejak akhir tahun lalu, Wan Muhammad Noor yang juga pemantau bagi pihak kerajaan Thailand berkata, run­dingan dijangka disambung semula selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Anutin di Bangkok pada 8 dan 9 Disember ini.

Dalam pertemuan dengan Ah­mad Norihan semalam, be­liau turut menyatakan pendirian Thailand tidak akan berunding mengenai sebarang isu yang melanggar perlembagaan sebagai prinsip asas yang tidak boleh dibahagikan.

Menurutnya, Ahmad Norihan memahami perkara itu dan telah menerima panduan daripada Anwar untuk membantu mendorong penyelesaian aman bagi proses ini dan membawa keamanan ke Thailand, kerana konflik berkenaan merupakan isu yang telah lama berlarutan.

“Malaysia mahu konflik ini di­selesaikan dalam tempoh peng­gal kerajaan semasa, yang selaras dengan strategi Thailand untuk memulihkan keadaan nor­mal di wilayah sempadan se­­latan menjelang 2027. Ahmad Norihan memberi jaminan akan cuba sedaya upaya sebagai orang tengah,” katanya.

Kali terakhir mesyuarat Pro­ses Dialog Damai Selatan Thai diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2025 di mana fasilitator ketika itu adalah Datuk Mohd Rabin Basir. PEDP-RTG diketuai Jeneral Somsak Roongsita bersama delegasi BRN di­pimpin Anas Abdulrahman.

Bagaimanapun, rundingan da­mai itu terhenti susulan perubahan politik dalaman Thailand serta peningkatan keganasan di Selatan Thai, khususnya serangan yang mengorbankan lima anggota keselamatan dan mencederakan enam orang awam di Daerah Rangae, Na­rathiwat pada 22 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini