Najib lega jalani baki hukuman di ‘rumah’

Najib lega jalani baki hukuman di ‘rumah’

NAJIB Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berasa lega kerana dapat menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd di kediamannya di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu dibawa keluar dari Penjara Kajang secara serta-merta.

Katanya, perintah tersebut merupakan satu keputusan yang dinantikan walaupun masih berstatus pemenjaraan di bawah undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia satu kelegaan muktamad yang besar bagi beliau. Saya fikir beliau layak mendapat perintah ini kerana telah melepasi lebih 50 peratus tempoh pemenjaraan.

“Beliau tetap tidak boleh meninggalkan rumah melainkan mendapat kebenaran khas atau atas sebab-sebab tertentu yang munasabah,” katanya pada sidang akhbar selepas prosiding itu.

Berhubung terma syarat, khususnya berhubung tahanan rumah berkenaan, pihak peguam dan wakil beliau memaklumkan bahawa perincian penuh akan dibacakan kepada Najib di penjara kelak.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee turut merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas pertimbangan teliti bagi permohonan perintah penjara di rumah itu.

Najib, 73, yang memakai baju kurta biru dilihat tersenyum dan melambai media sebaik keluar dari mahkamah untuk pulang ke Penjara Kajang sebelum ke rumahnya.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah secara serta merta.

Tahanan di rumah tersebut selepas Najib membayar denda RM50 juta susulan pengampunan bersyarat berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Keputusan itu selepas Hakim Datuk Aslam Zainuddin membatalkan perintah pelepasan bertarikh 6 November lalu dan mengeluarkan perintah pelepasan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini