Anak syukur Najib akhirnya ‘pulang’ ke Langgak Duta jalani tahanan rumah

Anak syukur Najib akhirnya ‘pulang’ ke Langgak Duta jalani tahanan rumah

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Keluarga Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa syukur apabila bekas Perdana Menteri itu akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya di Langgak Duta bagi menjalani tahanan rumah selepas melalui pelbagai dugaan.

Anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, dia sekeluarga gembira apabila keputusan hari ini memihak pada bapanya yang membolehkan Najib menjalani tahanan rumah serta-merta.

“Alhamdulillah, bersyukur akhirnya daddy ( Najib) dapat pulang ke Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun banyak dugaan, akhirnya daddy dapat menjalani tahanan rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Najib akan dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Taman Duta di sini, hari ini, berkuat kuasa serta-merta.

Ia untuk bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya melalui tahanan di rumah bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin, membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta bertarikh 6 November lalu.

“Ia digantikan dengan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan di rumah,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini