Saya sedia berdepan proses perundangan - Mohd Shuhaily  - Utusan Malaysia

Saya sedia berdepan proses perundangan – Mohd Shuhaily 

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Esok saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara. Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir mahkamah.”

Demikian maklum balas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi media selepas ditanya mengenai dakwaan pertuduhan yang akan dihadapinya berkaitan kes mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Katanya, sepertimana yang pernah dinyatakan sebelum ini, perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga lebih mahal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Shuhaily kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dalan melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dalam mempermudahkan saya menjalankan tugas,” jelasnya.

Beliau turut mengesahkan bahawa sudah dimaklumkan mengenai proses pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sepang, pagi esok.

Sebelum ini, Mohd. Shuhaily dilapor bakal berhadapan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

AGC meminta beberapa penambahbaikkan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini