PETALING JAYA : Kenderaan membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai lokasi kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di sini.
Beliau dilaporkan akan diberi taklimat dan penerangan mengenai proses lakonan semula di lokasi kejadian oleh pegawai dari pasukan siasatan.
Turut berada di lokasi kejadian adalah Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus, yang tiba sekitar pukul 12.20 tengah hari tadi.
Terdahulu, van putih membawa Ibu kepada Zayn Rayyan dibawa keluar dari kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini pukul 12.15 tengah hari tadi.
Difahamkan, proses lakonan semula situasi semasa kejadian dari masa Zayn dilaporkan hilang sejak 5 Disember lalu sebelum mayatnya ditemukan pada malam keesokkan harinya selesai dijalankan.
Setakat pukul 1 petang tadi kelibat bapa Zayn di lokasi masih tidak kelihatan selain ibunya yang memakai baju tahanan berwarna oren. – UTUSAN









