Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing ada rekod dadah

Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing ada rekod dadah

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lelaki yang tular melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Selising, Pasir Puteh dekat sini mempunyai tiga rekod berkait kes dadah dan satu kes jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 49 tahun itu mendapati suspek negatif dadah ketika ditahan.

“Ini semua punca dadah. Apabila ambil dadah terutama jenis sintetik, ia memberi kesan kepada mental seseorang sehingga menyebabkan individu itu tiada akal dan tiada otak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah meminta sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengambil 10 ekor kucing pelbagai jenis dan baka yang ada di rumah suspek ke tempat pemeliharaan yang selamat,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, siasatan mendapati, kucing yang diperlakukan dengan jijik dalam video yang tular dalam media sosial itu adalah haiwan peliharaan milik suspek.

Katanya, suspek yang merupakan seorang tukang kayu masih bujang dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, suspek ditahan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising di sini sehingga video kejadian tersebut tular di media sosial.

Perintah reman sehingga Isnin ini terhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Datuk Nik Azlan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini