RUU Makanan cadang perluasan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan

RUU Makanan cadang perluasan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan perluasan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup premis yang menyediakan atau menjual makanan mengandungi bahan memudaratkan kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 itu bagi memperkukuh aktiviti penguatkuasaan dengan memperluas kuasa pegawai diberi kuasa untuk menjalankan siasatan, selain kuasa pemeriksaan sedia ada.

Beliau berkata, pegawai terbabit juga akan diberikan akses kepada maklumat rekod, data komputer atau data digital bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilaksanakan selaras dengan perkembangan transaksi dalam talian.

“Pindaan itu turut membolehkan pegawai mendapatkan maklumat berkaitan pengiklanan makanan serta memeriksa buku, dokumen atau rekod di premis berkaitan, termasuk premis yang menghasilkan iklan makanan,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata RUU yang mengandungi 39 fasal itu turut mencadangkan pindaan Seksyen 12 Akta 281 bagi membolehkan apa-apa sabitan di bawah akta berkenaan disiarkan melalui media cetak atau elektronik.

Pada masa sama, Dzulkefly berkata, Ketua Pengarah Kesihatan juga perlu diberikan kuasa untuk menyiarkan maklumat mengenai makanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 (Akta 281) atau peraturan di bawahnya tanpa perintah mahkamah.

“Ia membolehkan maklumat berkenaan disiarkan melalui media cetak atau elektronik demi keselamatan awam.

“Peruntukan sedia ada di bawah Akta 281 dilihat tidak lagi dapat menampung cabaran semasa keselamatan makanan untuk melindungi kesihatan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini