RM1 bilion bina Rumah Mesra Rakyat, PPR

RM1 bilion bina Rumah Mesra Rakyat, PPR

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi merancakkan pembinaan kediaman mampu milik menerusi pelbagai inisiatif seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat (PRR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi peruntukan berkenaan, sebanyak empat projek perumahan baharu akan dilaksanakan di lokasi strategik di seluruh negara.

“Sebanyak empat projek perumahan baharu akan dilaksanakan di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; dan Lembah Pertang, Terengganu,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN 

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini