Ratusan penyokong PH, PN banjiri Stadium Hang Jebat

Ratusan penyokong PH, PN banjiri Stadium Hang Jebat

PENYOKONG Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membanjiri Stadium Hang Jebat di sini bagi proses penamaan calon N.13 Paya Rumput.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) membanjiri pekarangan Stadium Hang Jebat, di sini, bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.

Suasana di pekarangan stadium meriah dengan laungan ‘Reformasi’ oleh penyokong PH, manakala penyokong PN melaungkan ‘Allahuakbar’ sebagai tanda sokongan kepada calon masing-masing.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, PN mempertaruhkan Rafie Ahmad manakala PH pula Datuk Azman Abidin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehadiran penyokong kedua-dua gabungan itu turut memeriahkan proses penamaan calon yang menandakan bermulanya persaingan merebut kerusi DUN Melaka.

PRN Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 November ini membabitkan perebutan 28 kerusi DUN dengan pengundian awal ditetapkan pada 10 November.

Seramai 687,697 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini