Abdul Hadi tiba di Dewan Tun Ali beri sokongan calon PN

Abdul Hadi tiba di Dewan Tun Ali beri sokongan calon PN

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berada di perkarangan Dewan Tun Ali bersama penyokong Perikatan Nasional (PN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KATIL: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Dewan Tun Ali, di sini, pagi ini bagi memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ridzuan Mohd. Shariff yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Ketibaan Abdul Hadi itu menarik perhatian penyokong PN yang hadir di pusat penamaan calon berkenaan bagi menyaksikan proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Mohd. Ridzuan yang mewakili Pas tiba lebih awal pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi puluhan penyokong daripada PN dan Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut kelihatan ialah Setiausaha PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan;Pemimpin Pas, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang hadir memberikan sokongan kepada calon berkenaan.

Mohd. Ridzuan bakal berdepan penyandang kerusi DUN Bukit Katil daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Adly Zahari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan serta calon Parti Bersama, Aliza Che Amran. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini